MARQUEE

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK FELCRA BUKIT KEPONG

PEMBERITAHUAN

MAKLUMAN

1)Semua pelajar yang menunggang dan membonceng motorsikal DIWAJIBKAN untuk memakai topi keledar

2)Latihan merentas desa pada setiap hari Selasa dan Rabu

3)Selamat Kembali ke sekolah buat semua warga SMK Felcra Bukit Kepong, Bersama Mencapai Kecemerlangan

4)Pelajar diingatkan untuk parkir motorsikal di dalam kawasan sekolah

Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

Thursday, 23 November 2017

Senarai Semak Pendaftaran Pelajar Untuk Sesi Persekolahan 2018



Berikut merupakan senarai semak keperluan pelajar yang perlu dibawa semasa PENDAFTARAN di SMK Felcra Bukit Kepong Sesi 2018


SENARAI SEMAK KEPERLUAN PELAJAR SEMASA PENDAFTARAN
SMK FELCRA BUKIT KEPONG
SESI 2018

BIL
SENARAI SEMAK
ADA
TIADA
1.     
Borang Maklumat Murid


2.     
Salinan Surat Beranak Pelajar


3.     
Salinan Kad Pengenalan Pelajar


4.     
Salinan Sijil Nikah/Sijil Cerai/ Sijil Kematian Ibu Bapa/Penjaga


5.     
Salinan Kad Pengenalan Bapa/Penjaga


6.     
Salinan Kad Pengenalan Ibu/Penjaga


7.     
Salinan Keputusan Peperiksaan UPSR


8.     
Salinan Sijil Berhenti Sekolah Rendah


9.     
Salinan Penyata Gaji Bapa/Ibu/Penjaga


10.  
Surat Akuan Pengesahan Gaji (Jika Tiada Penyata Gaji)


11.  
Gambar Berukuran Passport (1 Keping)





Dapatkan contoh borang DI SINI

Sunday, 19 November 2017

KHASIAT PISANG


Beberapa kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang.

Antaranya, penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.

Kandungan potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok.

Selain itu, kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.

Ia turut mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.

Orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.

Kajian turut membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu.

Di samping itu, mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam.

Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk.

SUMBER : KOSMO

IKAN OH IKAN

Anda rasa anda cukup arif dengan jenis-jenis ikan??