MARQUEE

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK FELCRA BUKIT KEPONG

PEMBERITAHUAN

MAKLUMAN

1)Semua pelajar yang menunggang dan membonceng motorsikal DIWAJIBKAN untuk memakai topi keledar

2)Latihan merentas desa pada setiap hari Selasa dan Rabu

3)Selamat Kembali ke sekolah buat semua warga SMK Felcra Bukit Kepong, Bersama Mencapai Kecemerlangan

4)Pelajar diingatkan untuk parkir motorsikal di dalam kawasan sekolah

PROFIL SEKOLAH

VISI SEKOLAH
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI SEKOLAH
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

SLOGAN SEKOLAH
Yakin Jaya


MOTO SEKOLAH
Bersama Mencapai Kecemerlangan

DASAR SEKOLAH
SMK Felcra Bukit Kepong, Muar, Johor komited untuk menyediakan dan melaksanakan pembelajaran dan pengajaran yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan. Adalah menjadi komitmen pihak pengurusan dan semua anggota untuk mematuhi keperluan-keperluan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) dan meningkatkan keberkesanannya secara berterusan.

LAGU SEKOLAH

SMK Felcra Bukit Kepong,
sekolah yang kami sanjung,
bersama mencapai kecemerlangan,
itulah cogan kebanggaan

sentiasa sedia untuk belajar,
dengan penuh tekad dan sabar,
menjulang nama sekolah kami,
tuju matlamat yang dihajati

Chorus;
kami berikrar dan berjanji,
membina identiti sendiri
dengan akhlak dan sahsiah terpuji
untuk menguatkan jati diri

jasa sekolah tidak di lupa,
kekal abadi setiap masa,
melahir insan yang sempurna,
untuk memajukan negara

LENCANA SEKOLAH




A: PENGERTIAN BENTUK

Bentuk ini merupakan bentuk cakera padat yang telah dipermudahkan yang membawa maksud ILMU PENGETAHUAN.  Dalam zaman yang serba canggih ini, ilmu bukan sahaja boleh dituntut melalui guru dan buku, malahan melalui cakera padat.

Bentuk tiga helai daun kelapa sawit ini juga membawa maksud :

Untuk mencipta kecemerlangan di dalam sesuatu pekara perlulah melalui  tiga peringkat iaitu:

1.  USAHA
2.  DOA
3. TAWAKKAL

Bentuk ini membawa maksud suasana persekitaran SMKFBK yang dikelilingi bukit bukau, justeru warga SMKFBK sentiasa DINAMIK bagi menciptakan kecemerlangan dalam semua bidang

B: PENGERTIAN WARNA

WARNA BIRU
Bermaksud kecintaan kepada segala bentuk ilmu pengetahuan dan menyayangi sekolah sebagai sebuah gedung untuk menuntut ilmu

WARNA MERAH
Bermaksud semangat yang sentiasa membara untuk mencipta kecemerlangan

WARNA HIJAU
Bermaksud ketenangan dan kedamaiannyang sentiasa mendakap persekitaran sekolah dan warganya.

WARNA KUNING
Sebagai lambang kebanggaan warga SMKFBK terhadap sekolah yang disayangi

WARNA PUTIH
Sebagai lambing kesucian dan keharmonian warga sekolah.