MARQUEE

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK FELCRA BUKIT KEPONG

PEMBERITAHUAN

MAKLUMAN

1)Semua pelajar yang menunggang dan membonceng motorsikal DIWAJIBKAN untuk memakai topi keledar

2)Latihan merentas desa pada setiap hari Selasa dan Rabu

3)Selamat Kembali ke sekolah buat semua warga SMK Felcra Bukit Kepong, Bersama Mencapai Kecemerlangan

4)Pelajar diingatkan untuk parkir motorsikal di dalam kawasan sekolah

Thursday 30 November 2017

Friday 24 November 2017

Pecutan Akhir Ekonomi Asas SPM 2017


Pecutan Akhir Ekonomi Asas SPM oleh Pn Lizawati bt Abd Kadir di Bilik Utiliti SMK Felcra Bukit Kepong. Semoga usaha, tawakkal dan diiringi doa para ibubapa dan guru kan mendatangkan kejayaan buat pelajar.

Pecutan Akhir Kimia Part 1 SPM 2017


Pecutan Akhir Kimia buat anak didik tingkatan 5 oleh Tuan Hj Md Yunos bin Mohd Diah di Makmal Kimia. Didoakan semoga kesungguhan pelajar & guru menjadi titik tolak kepada keputusan yang cemerlang.

Thursday 23 November 2017

Jamuan Akhir Tahun Kelab Fikrah sesi 2017



Majlis Jamuan Akhir Tahun Kelab Fikrah bagi sesi 2017 yang telah diadakan di Dewan Terbuka SMK Felcra Bukit Kepong.

Antara Anugerah-anugerah yang telah dipertandingkan dan pemengangnya ialah;

Anugerah Ikon Guru
Puan Normah binti Ismail
Puan Akmaliah binti Hashim.

Anugerah Ruang Kerja Paling Kemas
Encik Mohd Ahlam bin Shaafi (kategori guru)
Encik Ahmad Khairan bin Selamat (kategori staf)

Anugerah Guru Datang Awal.
Encik Hairul Azri bin Harun.

Anugerah Staf Datang Awal
Encik Mahbib bin Md Jamal.

Anugerah Fail Rekod Pengajaran Harian Terbaik
Puan Norhayati binti Ishak.

Anugerah Jadual Kedatangan Terbaik
Puan Zarina binti Bahari.

Anugerah Pilihan
Puan Ema Norazura binti Suliman (kategori guru)
Encik Mohd Faiz bin Md Taib (kategori staf)
Encik Wagiran bin Kamsani (Kategori pekerja swasta)

(Kriteria pemenang anugerah ini ialah insan ini seorang yang sentiasa dan mudah memberi komitmen serta disenangi oleh semua warga SMK Felcra Bukit Kepong)

Majlis Penyampaian Sijil Kehadiran Penuh 2017


Majlis Penyampaian Sijil Kehadiran Penuh 2017 yang berlangsung di Dewan Terbuka SMK Felcra Bukit Kepong. Penyampaian sijil disempurnakan oleh En Mohd Mansor Bin Roslan, GPK HEM SMK Felcra Bukit Kepong.

Sila klik di bawah untuk melihat senarai pelajar dengan kehadiran penuh.

Senarai Semak Pendaftaran Pelajar Untuk Sesi Persekolahan 2018



Berikut merupakan senarai semak keperluan pelajar yang perlu dibawa semasa PENDAFTARAN di SMK Felcra Bukit Kepong Sesi 2018


SENARAI SEMAK KEPERLUAN PELAJAR SEMASA PENDAFTARAN
SMK FELCRA BUKIT KEPONG
SESI 2018

BIL
SENARAI SEMAK
ADA
TIADA
1.     
Borang Maklumat Murid


2.     
Salinan Surat Beranak Pelajar


3.     
Salinan Kad Pengenalan Pelajar


4.     
Salinan Sijil Nikah/Sijil Cerai/ Sijil Kematian Ibu Bapa/Penjaga


5.     
Salinan Kad Pengenalan Bapa/Penjaga


6.     
Salinan Kad Pengenalan Ibu/Penjaga


7.     
Salinan Keputusan Peperiksaan UPSR


8.     
Salinan Sijil Berhenti Sekolah Rendah


9.     
Salinan Penyata Gaji Bapa/Ibu/Penjaga


10.  
Surat Akuan Pengesahan Gaji (Jika Tiada Penyata Gaji)


11.  
Gambar Berukuran Passport (1 Keping)





Dapatkan contoh borang DI SINI

Tuesday 21 November 2017

Kursus STEM


Kursus STEM di Muar pada 12-14 Nov 2017 yang telah dihadiri oleh (dari kanan) En Mohd Nizam bin Ma'arof, En Hairul Azri bin Harun, En Abd Aziz bin Md Ludin dan Pn Nadeha Iskandar

Monday 20 November 2017

CEFR WORKSHOP



The CEFR Workshop at Dewan Serbaguna PLdP Bandar Tenggara, Kulai, from 9.30 am till 5.00 pm. The workshop was attended by Pn Norhayatunnisa bt Nordin and Miss Rhodhila bt Latif, our wonderful English teacher

PISANG OH PISANG



Sunday 19 November 2017

KHASIAT PISANG


Beberapa kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang.

Antaranya, penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.

Kandungan potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok.

Selain itu, kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.

Ia turut mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.

Orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.

Kajian turut membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu.

Di samping itu, mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam.

Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk.

SUMBER : KOSMO

IKAN OH IKAN

Anda rasa anda cukup arif dengan jenis-jenis ikan??




MESYUARAT JKD MATEMATIK DAERAH MUAR


Mesyuarat JKD Matematik Daerah Muar di SMK Lenga yang telah dihadiri oleh En Mohd Hafiez bin Tasilim dan Pn Ema Norazura bt Suliman.

PROGRAM I THINK


Program I Think oleh Tuan Pengetua,  Tuan Haji Razak bin Johar di Dewan Terbuka SMK Felcra Bukit Kepong.

SUMBANGAN KELAB FOTO

Sumbangan Kelab Foto SMK Felcra Bukit Kepong kepada Kelab Fikrah SMK Felcra Bukit Kepong. Sumbangan disampaikan oleh En Mohd Hafiez bin Tasilim kepada Pengerusi Kelab Fikrah, En Abdul Aziz bin Md Ludin. 

Terima kasih daun keladi tuan.



MESYUARAT BIDANG

BIDANG SAINS & MATEMATIK



BIDANG BAHASA






ANUGERAH KECEMERLANGAN SUKAN


Tahniah diucapkan kepada adik Khairi Adli Bin Hamdan kerana telah mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri dalam acara Olahraga & Balapan Bawah 14 tahun Peringkat -J.

Adik Khairi Adli bin Hamdan telah mendapat tempat ke-2 dalam acara 110m berpagar dan tempat ke-3 dalam acara 200m berpagar.

TAHNIAH!!


PELAJAR DENGAN KEHADIRAN PENUH TAHUN 2017



Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang mendapat kehadiran penuh bagi tahun 2017..Mereka boleh, kenapa tidak ANDA?

Lihat senarai penuh pelajar di bawah


Friday 17 November 2017

BENGKEL CATAN PSV 2017


Bengkel Catan PSV tingkatan 5 sesi 2017 telah diadakan pada 17 Nov 2017 di bawah seliaan Pn Zarina Binti Bahari, guru PSV SMK Felcra Bukit Kepong. Bengkel ini diadakan di Bilik Utiliti sekolah. Tetamu jemputan ialah En Saiful Ahmad, Guru Cemerlang PSV dari SMK Tenang Station. 

Teruskan usahamu cikgu!!

Thursday 16 November 2017

LAWATAN KE IPOH, PERAK


Pada 14-15 Nov 2017. SMK Felcra Bukit kepong dan SMK Sains Sembrong telah mengadakan lawatan bersama ke Pasukan Simpanan Persekutuan PDRM, Pusat Latihan Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM dan Pusat Latihan Komando 69 di Hulu Kinta, Perak.

Guru-guru pengiring dari SMK Felcra Bukit Kepong adalah En Shukri Bin Saliman, En Mohd Hafiez Bin Tasilim, En Muhamad Syahmi Bin Dzaid dan Pn Azniza Binti Esa.

Menarik..sangat menarik !!