MARQUEE

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK FELCRA BUKIT KEPONG

PEMBERITAHUAN

MAKLUMAN

1)Semua pelajar yang menunggang dan membonceng motorsikal DIWAJIBKAN untuk memakai topi keledar

2)Latihan merentas desa pada setiap hari Selasa dan Rabu

3)Selamat Kembali ke sekolah buat semua warga SMK Felcra Bukit Kepong, Bersama Mencapai Kecemerlangan

4)Pelajar diingatkan untuk parkir motorsikal di dalam kawasan sekolah

Wednesday, 6 December 2017

Mengatasi Masalah USB Device Not Recognized

Kami yakin masalah ini sering terjadi kepada anda yang menggunakan Pc jenis Windows. Sememangnya agak menjengkelkan sekiranya peranti USB anda tidak dapat di kesan ataupun keluar paparan “not Recognized”.

Apa pun jangan bersedih, berikut kami kongsikan cara-cara yang boleh dicuba sekiranya masalah tersebut muncul.

1.Cabut kabel bekalan kuasa

Walaupun kelihatan agak drastik, namun kadang-kadang “Motherboard” perlu juga di restart, boleh sahaja dicuba sekiranya perlu.

2.Cabut dan pasang kembali pemacu USB.

Dengan cara ini anda hanya perlu cabut tunggu dalam beberapa saat dan pasang kembali.

3.Cabut pemacu USB dan pasang pada port yang berbeza.

Untuk sesetengah komputer riba berkemungkinan memiliki port dengan versi yang berbeza ataupun rosak.

4.Restart PC tersebut.

ini adalah diantara cara yang paling berkesan untuk dicuba, yang mana dengan cara ini PC anda akan kembali menjalankan proses yang tergendala.

5.Kemaskini driver port USB

masalah ini juga berkemungkinan disebabkan oleh driver yang tidak dinaik taraf. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan membuatnya secara manual seperti berikut

Klik Start atau Run dan pilih devmgmt.msc.Anda akan masuk ke Device Manager. Klik Universal Serial Bus, dan cari Unknown Device.Klik kanan pada Unknown Device, dan pilih Update Driver. Selesai.

SUMBER: wiser.my

No comments:

Post a Comment