SETITIS TINTA SEGENGGAM RASA
PENGETUA, SMK FELCRA BUKIT
KEPONG MUAR
SEMPENA
MAJLIS GRADUASI
KALI PERTAMA TAHUN 2017
Alhamdulillah segala puji bagi
Allah kerana dengan limpah kurnia dan
izin-Nya maka Majlis Graduasi SMK Felcra
Bukit Kepong Muar ,buat kali pertama , dapat
kita adakan pada hari ini dalam suasana yang penuh ceria dan
bermakna .
Pihak sekolah menaruh harapan dan
kepercayaan yang tinggi bahawa pelajar pada sesi kali ini akan mencipta kejayaan bagi memastikan
wujudnya kesinambungan pencapaian sekolah pada masa-masa akan datang. Ia
seharusnya boleh dijadikan batu asas untuk meletakkan SMK Felcra Bukit
Kepong Muar , sebaris dengan sekolah-sekolah lain dalam daerah Muar pada
tahun-tahun mendatang . Saya yakin, para pelajar yang ada telah menempuh segala rintangan, kekurangan , masalah dan
menjadikannya sebagai cabaran, inspirasi dan rangsangan untuk terus maju dalam
bidang akademik dan pembinaan jati diri serta pemupukan sahsiah yang terpuji.
Persediaan untuk menempuh dan
merentasi cabaran dunia, harus bermula daripada sekarang, iaitu dengan
persediaan rapi menghadapi peperiksaan SPM yang akan bermula pada 6 hb.November
2017 nanti. Berusahalah dengan iltizam
yang tinggi, penuh ketaqwaan berbekalkan ilmu yang telah dicurahkan oleh
guru-guru untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang
Saya sekali lagi ingin
mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih atas kehadiran perasmi , para
jemputan dan ibu bapa sekalian. Terima kasih juga kepada PIBG, semua tenaga
kerja majlis ini kerana telah bertungkus-lumus dalam memastikan majlis graduasi
ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Kepada pelajar sekalian, saya dan
seluruh warga sekolah mendoakan agar anda dapat menjejakkan kaki ke menara
gading dan seterusnya mencapai impian dalam bidang akademik dan kerjaya, In Sya Allah.
Tuan Haji Razak Bin Johar
Tuan Pengetua
SMK Felcra Bukit Kepong
No comments:
Post a Comment