MARQUEE

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK FELCRA BUKIT KEPONG

PEMBERITAHUAN

MAKLUMAN

1)Semua pelajar yang menunggang dan membonceng motorsikal DIWAJIBKAN untuk memakai topi keledar

2)Latihan merentas desa pada setiap hari Selasa dan Rabu

3)Selamat Kembali ke sekolah buat semua warga SMK Felcra Bukit Kepong, Bersama Mencapai Kecemerlangan

4)Pelajar diingatkan untuk parkir motorsikal di dalam kawasan sekolah

Sunday 29 October 2017

SETITIS TINTA SEGENGGAM RASA TUAN PENGETUA

SETITIS TINTA SEGENGGAM RASA
PENGETUA, SMK FELCRA BUKIT KEPONG MUAR

SEMPENA
MAJLIS GRADUASI
KALI PERTAMA TAHUN 2017

         
Alhamdulillah segala puji bagi Allah  kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya  maka Majlis Graduasi  SMK Felcra  Bukit  Kepong Muar ,buat kali  pertama  ,  dapat kita adakan pada hari ini dalam suasana yang penuh  ceria dan  bermakna .

Pihak sekolah menaruh harapan dan kepercayaan yang tinggi bahawa pelajar pada sesi kali ini  akan mencipta kejayaan bagi memastikan wujudnya  kesinambungan pencapaian  sekolah pada masa-masa akan datang. Ia seharusnya boleh dijadikan batu asas untuk  meletakkan SMK Felcra  Bukit  Kepong Muar , sebaris dengan sekolah-sekolah lain dalam daerah Muar pada tahun-tahun mendatang . Saya yakin, para pelajar yang ada telah menempuh  segala rintangan, kekurangan , masalah dan menjadikannya sebagai cabaran, inspirasi dan rangsangan untuk terus maju dalam bidang akademik dan pembinaan jati diri serta pemupukan sahsiah yang terpuji.

Persediaan untuk menempuh dan merentasi cabaran dunia, harus bermula daripada sekarang, iaitu dengan persediaan rapi menghadapi peperiksaan SPM yang akan bermula pada 6 hb.November 2017 nanti. Berusahalah dengan  iltizam yang tinggi, penuh ketaqwaan berbekalkan ilmu yang telah dicurahkan oleh guru-guru untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang
                   
Saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih atas kehadiran perasmi , para jemputan dan ibu bapa sekalian. Terima kasih juga kepada PIBG, semua tenaga kerja majlis ini kerana telah bertungkus-lumus dalam memastikan majlis graduasi ini  dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Kepada pelajar sekalian, saya dan seluruh warga sekolah mendoakan agar anda dapat menjejakkan kaki ke menara gading dan seterusnya mencapai impian dalam bidang  akademik dan kerjaya, In Sya Allah.


Tuan Haji Razak Bin Johar
Tuan Pengetua
SMK Felcra Bukit Kepong

         



HARI GRADUASI KALI PERTAMA SMK FELCRA BUKIT KEPONG 2017


Majlis Graduasi SMK Felcra Bukit Kepong Kali Pertama telah diadakan pada 29 Oktober 2017. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Dihormati Dato' Haji Hassan Bin Haji Johari, Chairman Felcra Education Services Sdn Bhd.

Tuesday 10 October 2017

JOM SEDEKAH!



Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah r.a yang bermaksud: 

“Setiap amalan yang akan mengikuti si mati adalah amalan-amalan dan kebaikan-kebaikan yang dlakukan ketika dia hidup. Antaranya, ilmu yang disebarkan, anak yang soleh, al-Quran diwakafkan, masjid yang dibina atau rumah untuk anak fakir miskin, air sungai yang diberikan laluan untuk kegunaan orang ramai, sedekah yang dikeluarkan daripada harta ketika dia sihat, hidup. Semua ini akan jadi syafaat di akhirat."


sumber : e-muamalat

Monday 2 October 2017

KEM IMAM REMAJA 2017


Kem Imam Remaja Sekolah Menengah Daerah Muar 2017 telah diadakan pada 27-28 September 2017 pada hari Rabu dan Khamis bertempat di Masjid Jamek Sungai Abong, Muar.

SMKFBK telah menghantar 4 orang pelajar lelaki Tingkatan 4 sesi 2017 iaitu Muhammad Fahmi Bin Mustafar, Muhammad Izzul Islam Bin Jamal, Muhd Afiq Danial Bin Zainudin, Muhammad Alauddin Bin Nordin Dengan Diiringi Oleh Guru Pengiring, Ustaz Nordin Bin Pardi