MARQUEE

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK FELCRA BUKIT KEPONG

PEMBERITAHUAN

MAKLUMAN

1)Semua pelajar yang menunggang dan membonceng motorsikal DIWAJIBKAN untuk memakai topi keledar

2)Latihan merentas desa pada setiap hari Selasa dan Rabu

3)Selamat Kembali ke sekolah buat semua warga SMK Felcra Bukit Kepong, Bersama Mencapai Kecemerlangan

4)Pelajar diingatkan untuk parkir motorsikal di dalam kawasan sekolah

Monday 30 April 2018

Anugerah Pengetua


Penyampaian Anugerah Pengetua kepada pelajar-pelajar terbaik tingkatan 1 - 5 dalam Penilaian Kurikulum 1. TAHNIAH dan SYABAS diucapkan, semoga lebih cemerlang dan menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain.

iLearning SPM




Wednesday 25 April 2018

Majlis Penutupan Bulan STEM 2018



Majlis Penutupan Bulan STEM 2018 telah diadakan di dewan terbuka. Tahniah diucapkan kepada semua para pemenang yang telah memenangi pertandingan yang telah dipertandingkan sepanjang Bulan STEM.


Tuesday 24 April 2018

Program Jom Baca 10 minit

 

Program Jom Baca 10 minit yang telah diadakan baru-baru ini bersama semua warga sekolah. Program ini telah dirasmikan oleh En Mohd Razali bin Ali, YDP PIBG SMK Felcra Bukit Kepong.

Friday 20 April 2018

Bengkel Pembuatan Folio PSV



Bengkel Pembuatan Folio Pendidikan Seni Visual oleh Pn Zarina bt Bahari bersama dengan jemputan En Saiful Ahmad di Bilik Utiliti


Wednesday 18 April 2018

Tuesday 17 April 2018

Monday 16 April 2018

Bengkel Teknik Menjawab Matematik PT3



Bengkel Teknik Menjawab Matematik PT3 zon Lenga telah diadakan pada 16 April 2018, jam 8.00 pagi di SMK Lenga

Sunday 15 April 2018

Bengkel Kecemerlangan Matematik



Bengkel Kecemerlangan Matematik, SPM, PPD MUAR ZON LENGA telah diadakan pada 15 APRIL 2018 bermula dari jam 8.00 hingga 1.00 ptg

Thursday 12 April 2018

Sumbangan dari Alumni SMK Felcra Bukit Kepong



Syukran Jazilan buat Alumni SMK Felcra Bukit Kepong, saudara Amin dan Faiz yang telah menyumbangkan surah yassin dan derma untuk majlis Maulidurrassul SMKFBK 2018

Kursus Pentadbiran Kepimpinan dan Disiplin BSMM



Kursus pentadbiran kepimpinan dan disiplin BSMM daerah muar 12-14 april 2018 di SMK  Seri Menanti.


Sambutan Maulidur Rasul 2018



Sambutan Maulidur Rasul 2018 Peringkat Sekolah telah disambut baru-baru ini oleh semua warga SMK Felcra Bukit Kepong. Ceramah dan beberapa pertandingan seperti Pertandingan Azan, Pertandingan Nasyid, Pertandingan Tulisan Khat turut diadakan.

Wednesday 11 April 2018

Program Amalan Demokrasi Berparlimen 1 Malaysia



PROGRAM AMALAN DEMOKRASI BERPARLIMEN 1MALAYSIA DAERAH MUAR 2018 (KELAB 1MALAYSIA) DI SMK SERI MENANTI.

Sunday 8 April 2018

Johan 110m Berpagar MSSJ 2018


TAHNIAH & SYABAS diucapkan kepada saudara Khairi Adli bin Hamdan kerana telah menjadi JOHAN dalam acara 110 meter berpagar MSSJ. Semoga kejayaan Khairi Adli menjadi inspirasi kepada semua pelajar.

Pelancaran Program Minggu Anti Dadah, Kem Membaca 1 Malaysia & HIP


Wednesday 4 April 2018

Pertandingan Sahiba

 

Pertandingan Sahiba di SMK Bandar Maharani. Tahniah buat pasukan Sahiba kerana memasuki pusingan separuh akhir. Tahniah buat saudara Nur Balqis bt Md Ayub kerana mendapat tempat ke-6 peringkat daerah.

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah


Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah 2018. Tahniah diucapkan kepada Kadet Badan Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia dan barisan guru penasihatnya kerana telah menjadi JUARA pada tahun ini.

Sunday 1 April 2018

Majlis Serah Tugas Guru Koperasi




Majlis Serah tugas guru koperasi dari Cikgu Mohd Nizam bin Ma'arof kepada Cikgu Hairul Azri bin Harun. Tahniah Cikgu Hairul.

KOPERASI KITA, UNTUK KITA

Pelancaran Bulan STEM


Perasmian Bulan STEM Peringkat Sekolah. Sepanjang bulan STEM pelbagai acara diadakan seperti Pameran STEM, Pertandingan roket, pertandingan Rubric Cubes, Pertandingan Terarium, Kuiz Matematik dan Sains dan World of Matrices