MARQUEE

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK FELCRA BUKIT KEPONG

PEMBERITAHUAN

MAKLUMAN

1)Semua pelajar yang menunggang dan membonceng motorsikal DIWAJIBKAN untuk memakai topi keledar

2)Latihan merentas desa pada setiap hari Selasa dan Rabu

3)Selamat Kembali ke sekolah buat semua warga SMK Felcra Bukit Kepong, Bersama Mencapai Kecemerlangan

4)Pelajar diingatkan untuk parkir motorsikal di dalam kawasan sekolah

Thursday 28 September 2017

SOLAT HAJAT PERDANA 2017


Majlis Solat Hajat Perdana peringkat sekolah dan qaryah bagi tahun 2017 bagi para pelajar PT3 dan SPM 2017 telah diadakan di Masjid Al Muqqarabin. Pihak sekolah amat berterima kasih kepada pihak Masjid terutama kepada tuan-tuan imam iaitu Tuan Haji Muhamad Bin Mustani, Tuan Haji Mohd Moharam Bin Haji Sujak dan Encik Abd. Rahim Bin Haji Sudin.

Tujuan dan matlamat majlis malam ini adalah:

  • Memohon keberkatan dan pertolongan daripada Allah SWT agar semua warga sekolah dapat memikul tanggungjawab dan amanah masing-masing dengan sebaiknya pada tahun 2017 dan di masa-masa akan datang.
  • Sebagai langkah tanda berusaha oleh warga sekolah dan ahlul qaryah, ibu bapa dan penjaga dengan berdoa kepada Allah SWT semoga para pelajar yang akan menduduki peperiksaan PT3 dan SPM beroleh kejayaan yang cemerlang.
  • Menjadikan amalan bacaan Yasin dan solat Hajat sebagai satu cara terbaik diamalkan dalam kehidupan seharian.

Wednesday 20 September 2017

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM 2017


Hari Anugerah Kecemerlangan kokurikulum 2017 telah diadakan pada 20 Sept 2017. Majlis ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG sesi 2017, En Ahmad Khairan bin Hj Slamat. Majlis diserikan lagi dengan persembahan Choral Speaking oleh pelajar tingkatan 4 di bawah pimpinan En Amiruzairie b Rokhusairie.

Pasukan Sekolah Terbaik
Bola Baling (L)

Pasukan Sekolah Terbaik
Catur

Pasukan Sekolah Terbaik
Scrabble

Unit Terbaik (Unit Beruniform)
Kadet Polis

Unit Terbaik (Kelab/Persatuan) 
Kelab Fotografi

Unit Terbaik (Sukan/Permainan)
Bola Sepak

Guru Penasihat Terbaik (Unit Beruniform)
En. Abdul Aziz bin Md Ludin

Guru Penasihat Terbaik (Kelab/Persatuan)
En. Mohd Hafiez bin Tasilim

Guru Penasihat Terbaik (Sukan/Permainan) 
En. Helmi Riza bin Mohd Zin

Tokoh Sukan (L)
Muhammad Amin bin Muhamad

Tokoh Sukan (P)
Nurul Najwa binti Azman


PROGRAM PENINGKATAN KECEMERLANGAN PERDAGANGAN 2017


Program Peningkatan Kecemerlangan Perdagangan Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Muar ( Kuiz Perdagangan) telah diadakan di SMK Sungai Abong pada 19/9/2017.

Sebanyak 15 buah sekolah di daerah Muar telah menyertai program ini dengan seramai 60 org peserta.

Dalam Kategori kumpulan, SMK FBK telah mendapat tempat ke-3 dan bagi Kategori individu, Norafizah Anna bt Akhsan telah merangkul tempat ke-7. Pelajar-pelajar ini ini dipimpin oleh Pn Akmaliah Bt Hasim. Tahniah diucapkan!!


Sunday 17 September 2017

KARAKTER MURID JOHOR SMK FELCRA BUKIT KEPONG 2017


APA ITU KARAKTER MURID JOHOR?


Inisiatif bagi memastikan murid sekolah di negeri Johor mempunyai jati diri utuh maka program Karakter Murid Johor (KrMJ) diperkenalkan. Cetusan idea DYAM Tunku Mahkota Johor, Tengku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah memberi inspirasi kepada Pengarah Pendidikan Negeri Johor iaitu Tuan Haji Shaharudin bin Sharif untuk malaksanakan Karakter Murid Johor (KrMJ)

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 2017



PELANCARAN KARAKTER MURID JOHOR 2017


PELANCARAN KUTIPAN DANA SURAU AL HIDAYAH 2017


Majlis Pelancaran Kutipan Dana Surau Al Hidayah SMK Felcra Bukit Kepong telah dirasmikan oleh YDP PIBG 2017, En Ahmad Khairan bin Hj Slamat.

Wednesday 13 September 2017

MURAL HARI KEBANGSAAN 2017


Program Mural Hari Kebangsaan 2017 telah dirasmikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Muar, En Hannan bin Yusof.