MARQUEE

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK FELCRA BUKIT KEPONG

PEMBERITAHUAN

MAKLUMAN

1)Semua pelajar yang menunggang dan membonceng motorsikal DIWAJIBKAN untuk memakai topi keledar

2)Latihan merentas desa pada setiap hari Selasa dan Rabu

3)Selamat Kembali ke sekolah buat semua warga SMK Felcra Bukit Kepong, Bersama Mencapai Kecemerlangan

4)Pelajar diingatkan untuk parkir motorsikal di dalam kawasan sekolah

Thursday 26 February 2015

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436H


Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah diadakan pada 26 Feb 2015. Penceramah jemputan adalah Alfadil Ustaz Norizam Bin Suradi, Guru Besar Sekolah Agama Pogoh.



Monday 16 February 2015

KURSUS KEPIMPINAN 2015



Kursus kepimpinan 2015 telah diadakan selama 2 hari bermula pada petang 12 Feb 2015 bertempat di SMK Felcra Bukit Kepong dan dirasmikan oleh En Ahmad Khairan bin Slamat, YDP PIBG SMKFBK. Tahniah kepada semua warga sekolah kerana memberikan komitmen yang baik. Tahniah juga kepada semua pelajar kerana kesungguhan dalam mengikuti kursus ini. kepada Platun A, tahniah diucapkan kerana menjuarai pertandingan kawad kaki.


Wednesday 11 February 2015

MODERN MATH (SPEED CAMP)


SPEED CAMP (MODERN MATHS) telah diadakan pada 10 FEB 2015 dan melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5. SPEED CAMP ini dikendalikan oleh penceramah DR HJ ABD MALEK SEMAN. Sambutan pelajar amat menggalakkan dan moga-moga segala tips dan nasihat yang disampaikan dapat membantu pelajar dalam pembelajaran mereka.


Sunday 8 February 2015

FROG VLE..DI SINI IA BERMULA


 APAKAH ITU FROG VLE??

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.


PROGRAM MY PRODIGY


Program PRODIGY yang menampilkan pelatih My Prodigy Malaysia di bawah Sekreteriat Pendidikan Parlimen Pagoh.yang dibarisi oleh:
  1. En Alkaf Jazairi bin A.Suffian
  2. Cik Imelda bt Hariss
  3. En Ungku Shah
  4. En Ghazali bin Md Yassin
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar. Tahniah kepada Unit Kaunseling kerana mengendalikan program ini dengan jayanya dengan dibantu oleh warga sekolah.


Friday 6 February 2015

NILAM..TAK KENAL MAKA TAK CINTA


Budaya ilmu adalah aktiviti ilmiah yang dipraktikan sesebuah masyarakat untuk menjadi masyarakat bertamadun. Peradaban ini akan terus relevan dan berkembang jika diasah dan diperturunkan kepada generasi muda masyarakat kita. Pembentukan bangsa atau masyarakat dapat dibina jika mengamalkan budaya ilmu. Salah satu asas yang penting bagi budaya ilmu ialah amalan membaca. Membaca perlu disemai dan dijadikan amalan setiap anggota masyarakat agar dapat berkembang maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, dan teknologi. Kecemerlangan bangsa dan negara akan dapat dicapai jika masyarakatnya membudayakan amalan membaca sebagai rutin harian. Sekaligus pengetahuan dan pengalaman melalui pembacaan dijadikan asas pembentukan modal insan yang cemerlang bagi membentuk negara maju.

PELANCARAN PROGRAM NILAM 2015


Pelancaran Program Nilam telah diadakan di Dewan Terbuka. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Nordin bin Pardi. Acara diteruskan dengan ucapan daripada Penyelaras Nilam, En Shukri bin Saliman dan ucapan daripada Tn Haji Ma'arof bin Sarman selaku Tuan Pengetua. Anugerah NILAM diberikan kepada pelajar yang berjaya. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu NILAM.

Monday 2 February 2015

LAWATAN KE MUSEUM COKLAT

Lawatan Kelab Fikrah SMK Felcra Bukit Kepong Museum Coklat di Kuala Lumpur pada 30 Jan 2015. Sungguh seronok!!

PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH

Pelancaran program 'Jom ke Sekolah' telah diadakan pada hari Ahad, 1 Februari 2015 bertempat di Dewan Pengasih SMK Felcra Bukit Kepong dan telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ma'arof bin Sarman, pengetua SMK Felcra Bukit Kepong.

 Click on picture to enlarge.