MARQUEE

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK FELCRA BUKIT KEPONG

PEMBERITAHUAN

MAKLUMAN

1)Semua pelajar yang menunggang dan membonceng motorsikal DIWAJIBKAN untuk memakai topi keledar

2)Latihan merentas desa pada setiap hari Selasa dan Rabu

3)Selamat Kembali ke sekolah buat semua warga SMK Felcra Bukit Kepong, Bersama Mencapai Kecemerlangan

4)Pelajar diingatkan untuk parkir motorsikal di dalam kawasan sekolah

Monday 30 March 2015

PELANTIKAN MAJLIS KEPIMPINAN PELAJAR SMK FBK 2015



Majlis Pelantikan Majlis Kepimpinan Pelajar SMK FBK yang berlangsung pada 26 MAC 2015. Majlis ini meraikan pelantikan pengawas sekolah, pengawas perpustakaan, pengerusi kelas dan juga naib pengerusi kelas.Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Pengetua, Tn Hj Ma'arof bin Sarman.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-12




Pada 25 Mac 2015 yang lalu, pihak PIBG SMK FBK telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke -12 yang telah dirasmikan oleh YB Dr Shahruddin bin Md Salleh, ADUN Jorak merangkap Pengerusi Sekretariat Pendidikan Parlimen Pagoh. Disamping itu, turut diadakan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2015.


Monday 2 March 2015

MENGENALI RASULULLAH S.A.W




BIODATA RASULULLAH SAW

  • Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
  • Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan  20 April 571 Masehi (dikenali sebagai   Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
  • Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
  • Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
  • Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
  • Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa   Rasulullah SAW).
  • Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
  • Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah.  Suaminya bernama Abu Kabsyah).

MAJLIS ANUGERAH PENGETUA


 Pada 01 MAC 2015, telah diadakan Majlis Anugerah Pengetua yang mana Anugerah Pengetua ini diberikan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam Ujian Ulangkaji yang lalu. TAHNIAH diucapkan kepada pelajar-pelajar beikut, moga-moga terus cemerlang dan menjadi idola dan teladan pelajar lain.

PENCAPAIAN TERBAIK KESELURUHAN
1) Aini Izzati bt Jamal (5 Razak)
2) Muhammad Zahiruddin b Zulkifli ( 5 Rahman)
3) Muhammad Iman b. Muhammad ( 5 Razak)

PENCAPAIAN TERBAIK TINGKATAN 5

5 Rahman
1) Muhammad Zahiruddin b Zulkifli
2) Nur Liyana Erny bt Ahmad Khairan
3) Noor Deanna bt Suib

5 Razak
1) Aini Izzati bt Jamal
2) Muhammad Iman b. Muhammad
3) Muhammad Idham b. Azman

5 Hussein
1) Umi Hanim bt Suati
2) Nurfarahdiana bt Muhammad
3) Nurul Khairah bt Isnin

5 Mahathir
1) Wan Muhammad Badrul Hisham
2) Nur Atiqah bt Roshan
3) Nur Lis Fadilah bt Abd Rahim

 PENCAPAIAN TERBAIK TINGKATAN3

3 Rahman
1) Mohd Norman Hakim b Talib
2) Tee Ng Zikang
3) Cinta bt Nasron

3 Razak
1) Nur Hafizah bt Jamahat
2) Muhd Aizat b Taha
3) Muhammad Khairul Akmal

3 Hussein
1) Muhammad Aieman Hakimie
2) Nurul Syahwani Anis
3) Nuraini Nazirah bt Ibrahim

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1436H/2015M


Tanggal 26 FEB 2015, telah diadakan Majlis Sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah dengan tema ' PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA'. Pelbagai program telah dijalankan seperti perarakan sambil berselawat mengelilingi sekolah, marhaban, bacaan suci AL -Quran, ceramah agama dan persembahan nasyid.


Thursday 26 February 2015

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436H


Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah diadakan pada 26 Feb 2015. Penceramah jemputan adalah Alfadil Ustaz Norizam Bin Suradi, Guru Besar Sekolah Agama Pogoh.



Monday 16 February 2015

KURSUS KEPIMPINAN 2015



Kursus kepimpinan 2015 telah diadakan selama 2 hari bermula pada petang 12 Feb 2015 bertempat di SMK Felcra Bukit Kepong dan dirasmikan oleh En Ahmad Khairan bin Slamat, YDP PIBG SMKFBK. Tahniah kepada semua warga sekolah kerana memberikan komitmen yang baik. Tahniah juga kepada semua pelajar kerana kesungguhan dalam mengikuti kursus ini. kepada Platun A, tahniah diucapkan kerana menjuarai pertandingan kawad kaki.


Wednesday 11 February 2015

MODERN MATH (SPEED CAMP)


SPEED CAMP (MODERN MATHS) telah diadakan pada 10 FEB 2015 dan melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5. SPEED CAMP ini dikendalikan oleh penceramah DR HJ ABD MALEK SEMAN. Sambutan pelajar amat menggalakkan dan moga-moga segala tips dan nasihat yang disampaikan dapat membantu pelajar dalam pembelajaran mereka.


Sunday 8 February 2015

FROG VLE..DI SINI IA BERMULA


 APAKAH ITU FROG VLE??

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.


PROGRAM MY PRODIGY


Program PRODIGY yang menampilkan pelatih My Prodigy Malaysia di bawah Sekreteriat Pendidikan Parlimen Pagoh.yang dibarisi oleh:
  1. En Alkaf Jazairi bin A.Suffian
  2. Cik Imelda bt Hariss
  3. En Ungku Shah
  4. En Ghazali bin Md Yassin
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar. Tahniah kepada Unit Kaunseling kerana mengendalikan program ini dengan jayanya dengan dibantu oleh warga sekolah.


Friday 6 February 2015

NILAM..TAK KENAL MAKA TAK CINTA


Budaya ilmu adalah aktiviti ilmiah yang dipraktikan sesebuah masyarakat untuk menjadi masyarakat bertamadun. Peradaban ini akan terus relevan dan berkembang jika diasah dan diperturunkan kepada generasi muda masyarakat kita. Pembentukan bangsa atau masyarakat dapat dibina jika mengamalkan budaya ilmu. Salah satu asas yang penting bagi budaya ilmu ialah amalan membaca. Membaca perlu disemai dan dijadikan amalan setiap anggota masyarakat agar dapat berkembang maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, dan teknologi. Kecemerlangan bangsa dan negara akan dapat dicapai jika masyarakatnya membudayakan amalan membaca sebagai rutin harian. Sekaligus pengetahuan dan pengalaman melalui pembacaan dijadikan asas pembentukan modal insan yang cemerlang bagi membentuk negara maju.

PELANCARAN PROGRAM NILAM 2015


Pelancaran Program Nilam telah diadakan di Dewan Terbuka. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Nordin bin Pardi. Acara diteruskan dengan ucapan daripada Penyelaras Nilam, En Shukri bin Saliman dan ucapan daripada Tn Haji Ma'arof bin Sarman selaku Tuan Pengetua. Anugerah NILAM diberikan kepada pelajar yang berjaya. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu NILAM.

Monday 2 February 2015

LAWATAN KE MUSEUM COKLAT

Lawatan Kelab Fikrah SMK Felcra Bukit Kepong Museum Coklat di Kuala Lumpur pada 30 Jan 2015. Sungguh seronok!!

PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH

Pelancaran program 'Jom ke Sekolah' telah diadakan pada hari Ahad, 1 Februari 2015 bertempat di Dewan Pengasih SMK Felcra Bukit Kepong dan telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ma'arof bin Sarman, pengetua SMK Felcra Bukit Kepong.

 Click on picture to enlarge.

Thursday 29 January 2015

ACARA MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH



(Click on image to enlarge)

Acara merentas desa peringkat sekolah telah diadakan pada hari Khamis, 29 Jan 2015. Acara dimulakan dengan senamrobik sebelum acara merentas desa dimulakan.Tahniah kepada para pelajar dan para guru kerana memberikan komitmen yang mantap dalam menjayakan acara ini.Tidak lupa juga, ucapan TAHNIAH buat guru penasihat dan juga pelajar-pelajar rumah YASSIN kerana menjadi juara keseluruhan Acara Merentas Desa Peringkat Sekolah.